Chalet d' Pulau Tioman






Chalet-Chalet Di Pulau Tioman

1 . Ella Place
2 . Salang Indah Resort
3 . Salang Pusaka Resort
4 . Pak Long Chalet
5 . Nora Chalet
6 . Puteri Salang In

Rate kesemua chalet ni berada dalam lingkuang RM 40 hingga RM 300. Bergantung chalet mana yang aku pilih dan chalet macam mana yang kau pilih. Kalau budget besar kau boleh pilih Salang Indah Resort, dan kalau budget kecik kau ambik Nora Chalet. Tapi walaupun Nora Chalet ni dalam kategori murah, chalet dia tetap ok dan selesa comfirm hujan tak basah.

 
Read more

Cantiknya Pulau Tioman...




Kenapa Pilih Pulau Tioman.

Sekitar 56km selepas pantai Pahang terdapatlah sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Tioman, iaitu sebuah sebuah tempat peranginan di Malaysia di sebelah Laut China Selatan. Pulau ini terkenal sebagai salah satu pulau terpencil terbaik dan terindah di dunia, Tioman juga pernah menjadi lokasi drama musikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959.

Menurut legenda orang dulu-dulu, pulau ini adalah tempat peristirahatan terakhir seorang putri naga. Kalau berkunjung ke pulau ini pastinya meninggalkan seribu satu kenangan dan pasti teringin nak datang lagi. Apa tidaknya dengan airnya yang hangat dan jernih menjadikan Pulau Tioman semacam surga bagi para penyelam di negara ini maupun yang datang dari luar negara.

Temukan pemandangan yang luar biasa seperti karang kipas Gorgonian sea fans, koral Staghorn, lintah laut nudibranch dan spons laut yang sangat cantik


Read more

Nak Buat Apa Dekat Pulau Tioman


Pakej-Pakej Di Pulau Tioman.

Sebahagian besar dari chalet-chalet ada menyediakan pakej untuk pengunjung mereka. Antaranya siap dengan pakej sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam, juga BBQ untuk yang datang berkumpulan. Itu pakej makan, kalau nak. Kalau taknak takpe, sewa chalet je. Makan boleh lepak dekat mana-mana bar atau kedai makan yang berderat sepanjang pantai. Dan jangan risau, view memang terbaik menghadap laut. Ada open air atas pasir pantai, ada yang berbumbung atas simen. Kedai-kedai craf pun banyak jugak.

Itu untuk makan, untuk jalan-jalan pulak. Ada disediakan pakej Island Hopping, jalan-jalan pusing satu pulau naik bot dan berhenti di spot-spot yang best. Ada air terjun di Mukut, ada bagi ikan makan dalam laut di Marine Park dan ada snorkeling di beberapa tempat terpilih. Pakej pusing pulau tadi adalah RM100**, dan pakej snorkeling tadi je pulak RM70**. Life jacket, makan tengahari dan mask disediakan. Mana yang kaki pancing, pun ada pakej jugak. Dan itu harganya dalam RM 100** hingga RM 1000**, bergantung pada berapa jam dan berapa hari.

Tapi kalau tak nak amik pakej tu, jangan risau. Di tepi pantai Salang tetap banyak orang snorkeling. Sebab bila lepas musim monsum habis, terumbu karang dekat tepi pantai dia memang cukup cantik. Memancing boleh di sekitar situ je. Nak berkayak, nak berenang apatah lagi. Cuma nak berjetski itu memang tak ada. Segala banana bot, fyling fox terbang apa ke benda yang sangkut dengan bot tu, semua tak ada. Jadi pantai ni tak bising dengan segala benda bukan-bukan tu.

Apa yang membezakan Salang dengan pantai-pantai lain lagi ialah, malam dekat sini hapening. Di pesisir pantai ada banyak kedai-kedai makan (boleh makan sampai kenyang) dan bar yang menghadap laut. Syok bila lepak minum sambil layan reggae.

Ini air terjun di Kg Asah. Kalau amik pakej Round Pulau,teksi memang akan singgah.

Ini yang di sebut-sebut Monkey Bay. Tak de orang dekat pantai ni. Boleh pergi nak taksi laut, atau jungle treking dari Pantai Salang.

Air laut yang jernih. Tapi tempat mandi dengan snokeling bukan dekat sini. Dekat hujung sana nun, bawah bukit, penatlah juga kalau p jalan kaki.

Salah satu chalet yang paling cantik. boleh tengok terumbu karang cantik-cantik belaka.

Ini pun sama, view dari chalet yang Chalet yang sama, aku cuma nak tunjuk air dia yang jernih tu je.

Walaupun tempat ini aman, kau orang yang datang jagan buat hal. Nanti tak pasal-pasal org tidur dekat chalet ada pula yang tidur dekat pondok polis.


Pemandangan di salah satu chalet.
 
 
Read more
 
Wow Pulau Tioman Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template and web hosting